28 April, 2010

DOA









Dengan menyebut nama Allah yang pengasih lagi penyayang.Wahai tuhanku......sesungguhnya aku adalah orang yang kalah maka tolonglah,ubatilah hatiku yang emuk redam,dan kumpulkanlah kekuatanku, maka engkau berikan kepadaku umur yang panjang dan bertambah dari kesejahteraan mu dan kerelaan mu, maka sesungguhnya engkau adalah penguasa itu semua di dunia dan di akhirat dan dzat yang menguasai atasnya.

Wahai tuhanku...ampunkanlah segala dosaku sama ada ia tersembunyi atau yang terang...amin.

26 April, 2010

haiwan.

Hoi beruk....bagi tau aku apa cerita panas hari ini!


Hoi pa..tam...ta dak apa yang menarik....cuma iklan ubat bagi kuat..bagi rapat ada laa.




Hoi beruk...habis...lama sangat hang tengok...binatang apa...cerita laa kat aku, aku kan buta huruf!
Hoi pa tam...aku geli bebenor tengok orang macam pakai baju...tapi ta pakai...orang ni pula pening aku di buatnya...laki ta laki...pompuan ta pompuan..! dunia...dunia !

12 April, 2010

pembuangan bayi

Pembuangan bayi di malaysia.
Apa hendak jadi dengan tamadun kita dewasa kini! apakah kita sudah hilang moral diri...hilang soal kemanusiaan!...apakah kita termasuk dalam kategori haiwan...!..Haiwan pun sayangkan anaknya inikan pula kita manusia yang punya akal serta fikiran justeru itu cubalah kita renungkan photo ini
Cuba kita kata dalam minda kita sendiri....sangupkah kita melakukan sendiri atau kita biarkan perkara ini berlalu bagaikan angin hembus..mereka yang telah melakukan pembuangan bayi ini insaflaa diri...bagi anda yang dalam proses hendak melakukan perkara kutuk ini...jangan...jangan....janganlah...janganlah ikut perasaan nafsu anda. stastistik pembuangan bayi di malaysia yang tercinta ini semakin hari semakin kemuncak. cubalah ahli ugama...ahli fikir untuk mengatasi masalah yang teruk ini. bangsa melayulah yang paling banyak yang terjebak. setiap kali saya lihat photo atau berita kisah pembuangan bayi ini...hati ini sedih serta geram di atas perbuatan mereka yang terlibat.






04 April, 2010

Bagaimana hendak menjana pendapatan anda































BAGAIMANA hendak menjana pendapatan anda...BSWAN...adalah MLM yang paling unik serta mudah..kebanyakan MLM..MEMERLUKAN down 3...4...5.... kaki...tapi BSWAN...lain..cuma memerlukan 2 kaki saja...tambahan pula jenis barang jualan cuma 2 jenis saja...nak tahu lebih lanjut sila hunbungi saya.ZAINAL H/P: 0174745773 UNTUK keterangan lanjut.

Ini lah peluang anda untuk menjadi usahawan yang berjaya.!






















03 April, 2010

Binatang pelik.






















































Apa..pendapat anda setelah melihat photo ini...pelikkan..!betul kah benda ini ujud atau camera trick...anda sendirilah yang menilainya. setiap sesuatu kejadian ada hikmahnya...cuma tuhan saja yang maha memahaminya.bagi kita hanya..hairan...hairan....hairan...!
























Dunia kung fu/ silat nusantara










Lihat lah aksi mereka...hebatkan.....dari segi tekniknya....hebat jugakan....tapi ...itu hanyalah kuatan dari segi luaran bukan dari dalaman. silat kita..lain...dari segi bunga nampak macam sama juga...cuma kita lebih beratkan dalaman atau spiritual memang hebat....ada terdapat silat kita lebih hebat lagi cuma ta digalakan ditunjulkan...hidupkan lah silat kita...warisan kita semua.Pada keseluruhannya semua jenis martial art masing-masing ada kehebatannya..!






29 Mac, 2010

Tension











Pernahkah anda mengalami fikiran buntu....blank....0...! bayangkan sendiri anda...bagaimana saya dari menaiki bas dari daerah sg lalang s.petani hingga ke pelabuhan kuah langkawi dimana fikiran saya blank sambil air mata mengalir. masa dalam bas langsung saya ta pandang di sekeliling. sebenarnya saya sudah kehilangan segalanya....rumahtangga....anak...serta pekerjaan.di waktu itu saya hanya membawa beg yg berisi beberapa helai baju/seluar serta sijil.begitu juga semasa di dalam feri.
apa..yang hendak buat sekarang!...kelulusan cuma SPM...itu pun cukup makan...! tiba-tiba perasaan flashback balik peristiwa yg telah berlalu...sekali lagi air mata semakin deras mengalir tanpa mempedulikan sesiapa pun. betapa tingginya gunung himalaya...tinggi lagi bebanan yg saya perlu tanggung. saya masih ingat lagi....bekas isteriku hari-hari minta cerai pada ku. saya tahu ia memang cantik...saya cuma diibaratkan bumi dan langit..semua kehendaknya saya tunaikan sehingga akhirnya ia memakan diri...hampir 14 tahun lamanya hidup bersama...serta mempunyai seorang anak lelaki (djh 3). kini saya tahu rupanya perkahwinan saya selama ini hanya paksaan bapanya pada hal dia pada masa itu mempunyai boy friend.lain fakturnya ialah dia tiada kelulusan langsung..cuma bekerja di kedai barang perhiasan perkahwinan. saya ta ingat entah beberapa kali kami berpindah randah...pening di buatnya...cubalah anda fikirkan seketika.malam terakhir saya bersamanya tanpa di ketahuinya saya bakar semua gambar perkahwinan demi untuk melepaskan geram! rokok sentiasa berasap kononnya nak hilang tension. makan....ta lalu...dah laa saya punya anatomi panjang dan kurus macam tiang pos! lari dari rumah entah..lah berapa kali ...saya pun ta cari...saya pernah terangkan masalah saya pada keluarganya...tapi apa kan daya...keluarga diapun...susah....susah...susah!
cuma mereka nasihat saya agar lepaskan dia aje..kasihan anak...yg ta tahu apa-apa erti sebuah penghidupan yang serabu! semua barang rumah serta motosikal saya tinggalkan pada bekas isteriku agar senang menguruskan hal anakku. dengan di saksikan laut melaka..aku katakan pada diriku....ta mahu kawin lagi..biar aku bersendirian selamanya...bersambung......!

23 Mac, 2010

Kepada bakas sekolah menegah Anderson ipoh perak


Salam 1 msia...saya adalah bekas pelajar sekolah menengah Anderson pada tahun..1971 sehingga tahun..1971 3. Berbagai-bagai kenangan serta duka yang saya alami.Dulu saya masih ingat guru bahasa english adalah wanita (cina) mengajar...memang best...bukan cara dia ajar...tapi krna kecantikannya menarik semua student...saya adalah pembantu ketua darjah ( org gelar monitor kpd ketua darjah)kalau ta silap saya nama guru tersebut ialah MRS LOH. suami mrs loh sama mengajar sebagai guru PE ( guru senaman ) guru matematik pula ialah guru (india).saya masih ingat lagi..sebelum guru tersebut masuk kelas saya....saya lari ke bilik air selama kelas itu berlangsung.memang saya benci waktu kelas tersebut sebab saya langsung lemah dalam bab kira mengira..ta hairanlah waktu exam...dapat O !...masa buat home work..saya tiru kat kawan.kalau esok ada kelas PE...malam itu kena peringat kena bawa seluar short (seluar pendek).kalau ta bawa...kena lari satu padang sekolah.! dulu masa sekolah pakai uniform serba putih/seluar panjang.lencana(badge) sekolah diperbuat daripada besi..sebab perak waktu dulu kan ada lombong bijih timah..kantin pula....semua masakan cina...sedapnya kalau makan mee kari..dulu hingga kini sukan hoki sekolah ini memang top. sukan cross country yang paling grand. semua student turut serta...berlari.dari sekolah..melintasi sungai kinta...hingga ke taman vanikavasagam ( ejaan mukin silap saya).semua student akan dikelaskan kapada kumpulan warna...biru...merah..hijau....kening....putih...waktu itu saya termasuk kumpulan putih. ramai gang saya...dah lupa nama...cuma saya ingat....ialah....nesen ( expert dlm sejarah) tanyalah apa pun bab sejarah...semua ia boleh jawab...ta hairanlah ia selalu dapat markah paling tinggi dalam seluruh sekolah ini...GURMIT SINGH....orangnya besar tapi pendek...kami selalu kacau dia bukan apa...sebab dia ta pakai gundu. kalau sembang dgn dia...ta ada topik lain melainkan topik...bab girl.AZIM...student paling digemari.familinya menetap di australia..waktu kelas english...guru mesti suruh azim baca..sebab dia teror bahasa mat saleh..student lagi bila baca..sebut tersekat-sekat tapi tidak bagi azim...lancar macam roket..masa kelas english....buku yang digunakan ialah pengarang charles dicken.....tajuk..pun dah lupa...dulu masa sekolah...semua guna bahasa inggeris..waktu sukan sekolah...kalau sekolah ada perlawanan..semua turun padang memberi sokogan...saya mengharap kepada sesiapa yang dulu pernah mengalami.waktu di sekolah ini terutama..nama yang saya sebut diatas...tampil lah atau contact dgn saya(blog ini).